Program REACH – Saringan Kesihatan bersama MRIC Healthcare
23 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2025, telah berlangsung Program Reach Saringan Kesihatan bersama MRIC Healthcare pada jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat. Antara saringan kesihatan yang dijalankan adalah seperti saringan tekanan darah, bacaan gula dalam badan, bacaan kolestrol serta bacaan bmi. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: